Cili Semerah Berbunga

(5.12.09)

Minggu ini, tanaman cili semerah sudah menampakkan bunga yang pertama. Terdapat beberapa pokok sudah mengeluarkan bunga, ini menunjukan petanda dan permulaan yang baik (harap-harap dapat laa tuai hasil dengan cepat). Aeroagro juga mendapat tempahan anak cili dari penduduk sekitar melaka dan juga rakan-rakan yang terus menyokong hasrat murni kami ini. Terima Kasih Semua.

Comments (1) »

Semaian Anak Pokok Cili

(15.11.09)

Selamat Kembali,

Kali ini kita akan melihat hasil semaian anak pokok cili semerah dan cili kulai yang berusia lebih kurang sebulan. Disamping itu juga, dapat dilihat hasil tanaman pokok cili semerah yang sedang menunggu masa untuk megeluarkan bunga ….

Leave a comment »

Aktiviti Mingguan

Aeroagro (25 Oct. 2009)

Seperti biasa ahli-ahli aeroagro akan turun padang setiap hari minggu (ahad) untuk meneruskan projek fertigasi ini. kebiasaannya kami akan melihat perkembangan anak pokok cili fertigasi yang baru ditanam pada minggu yang sebelumnya (18 oct. 2009). Hasil pemantauan mendapati bahawa terdapat tanda positif yakni sedikit perkembangan dari segi saiz anak pokok cili semerah berbanding semasa permulaan penanaman (baru seminggu tanam… sikit jelaa). InsyaAllah dalam masa sebulan lagi mungkin kita akan melihat hasil tuaian yang pertama…. sama-sama kita nantikan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut:

1. Memotong daun-daun anak pokok cili semerah yang berada dibawah pucuk.

          – Untuk memastikan sumber baja dan air terus ke pucuk dan daun berupa

             Y dibawahnya bagi menghasilkan bunga dan buah yang cepat.

2. Memeriksa sistem paip dan pam air beroperasi dengan lancar seperti yang

    telah ditetapkan.

         – Tahap air yang berada didalam tong mestilah melebihi dari paip yang

            dihubungkan ke pokok supaya sistem pam dapat beroperasi dengan baik.

3. Proses penyediaan anak benih cili semerah.

         – Kajian keatas proses penyediaan anak benih baru (ada plan nak

            tambah lagi le….)

4. Proses penyediaan dan penyemaian anak benih sayur kailan.

         – Kajian ketas tanah jepun yang baru dibeli dan ingin meluaskan lagi

            skop penanaman aeroagro.

5. Proses meracun keatas daun-daun anak pokok cili semerah.

          – Meracun adalah proses yang penting untuk memastikan anak pokok

             cili semerah tidak dijangkiti oleh penyakit.

Comments (1) »

Fertigasi – Penanaman Cili Semerah

Aeroagro (18 oct. 2009)

Bertemu kembali,

Projek fertigasi pertama aeroagro dan buat julung-julung kalinya dijalankan pada 18 oct. 2009 bertempat di melekik melaka iaitu penanaman cili semerah. Projek penanaman cili semerah secara fertigasi ini sebanyak 110 anak pokok bermula pada jam 2 petang dan berlarutan hingga 10 malam (boleh tahan juga lamanya…).

Berikut adalah akitiviti-aktiviti yang dijalankan semasa proses penyediaan, pemasangan dan penanaman cili semerah:

1. Kawasan Fertigasi

          – Pemilihan kawasan yang sesuai untuk memulakan penanaman

            cili semerah.

2. Penyediaan Medium Fertigasi

          – Proses memasukan sabut ke polibeg (putih).

3. Pemasangan Sistem Paip Air Fertigasi

          – Proses penyambungan paip air fertigasi terus ke tong air melalui pam.

4. Penyediaan Tapak Polibeg Fertigasi

          – Pembentangan plastik silvershine dan penyusunan polibeg.

5. Sistem Aliran Air Fertigasi

          – Pemasangan Dripper ke polibeg melalui paip air.

6. Penanaman Cili Semerah

          – Proses memindahkan anak pokok cili semerah dari tempat semaian

            ke polibeg.

7. Penyediaan Pagar

          – Proses memagar disekeliling kawasan polibeg fertigasi dengan kain

            net hitam.

 

Leave a comment »

Pengenalan kepada Aeroagro

Assalamualaikum….

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diatas nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah S.W.T bagi meneruskan kewajipan seorang hamba kepadaNya serta memakmurkan alam ini dengan sebaiknya. Dengan segala nikmat yang telah dikurniakan ini dapatlah saya mencoret sedikit sebanyak tentang perihal Aeroagro ini ditubuhkan.

Aeroagro, nama hasil gabungan ‘aerospace + agrotech.’ yang diwakili oleh 3 rakan kongsi yang bekerja disektor  pembuatan komposit kapal terbang (aerospace)  disamping menceburi dalam bidang penanaman cili berkonsepkan fertigasi (agrotech.).

3 rakan kongsi yang berbeza tempat kelahiran ini mempunyai minat dan keazaman yang sama dalam mencari dan menceburi peluang-peluang yang berpotensi untuk jangka masa panjang bagi menghadapi kehidupan yang sentiasa mencabar disamping memakmurkan lagi penanaman cili secara fertigasi ini terutama golongan melayu. Rakan kongsi aeroagro adalah terdiri daripada Mohzaid (penulis blog), Husaini dan Shahril (tuan tanah).

Aeroagro, bermulanya projek penanaman cili secara fertigasi ini pada tanggal 18 oct. 2009 yang bertempat di melekik berhampiran persimpangan kilang Honda melaka. Jutaan terima kasih kepada saudara Shahril (tuan tanah) serta keluarganya yang membenarkan kami untuk menjalankan projek ini dikawasan rumahnya (boleh tahan jugak luas tanahnya…). Permulaan projek fertigasi ini menfokuskan kepada penanaman cili semerah yang masih baru dalam konsep penanaman secara fertigasi ini disamping kelebihan-kelebihan yang terdapat pada cili semerah itu sendiri antaranya adalah permintaan dan harga jualan yang tinggi dipasaran, rasanya yang pedas digemari ramai serta pokoknya menghasilkan buah yang banyak dan berterusan.

Rasanya cukuplah pengenalan kepada latarbelakang Aeroagro ini, seterusnya kita akan terus memfokuskan kepada projek penanaman cili semerah secara fertigasi ini buat julung-julung kalinya.

Comments (4) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.