Pengenalan kepada Aeroagro

Assalamualaikum….

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diatas nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah S.W.T bagi meneruskan kewajipan seorang hamba kepadaNya serta memakmurkan alam ini dengan sebaiknya. Dengan segala nikmat yang telah dikurniakan ini dapatlah saya mencoret sedikit sebanyak tentang perihal Aeroagro ini ditubuhkan.

Aeroagro, nama hasil gabungan ‘aerospace + agrotech.’ yang diwakili oleh 3 rakan kongsi yang bekerja disektor  pembuatan komposit kapal terbang (aerospace)  disamping menceburi dalam bidang penanaman cili berkonsepkan fertigasi (agrotech.).

3 rakan kongsi yang berbeza tempat kelahiran ini mempunyai minat dan keazaman yang sama dalam mencari dan menceburi peluang-peluang yang berpotensi untuk jangka masa panjang bagi menghadapi kehidupan yang sentiasa mencabar disamping memakmurkan lagi penanaman cili secara fertigasi ini terutama golongan melayu. Rakan kongsi aeroagro adalah terdiri daripada Mohzaid (penulis blog), Husaini dan Shahril (tuan tanah).

Aeroagro, bermulanya projek penanaman cili secara fertigasi ini pada tanggal 18 oct. 2009 yang bertempat di melekik berhampiran persimpangan kilang Honda melaka. Jutaan terima kasih kepada saudara Shahril (tuan tanah) serta keluarganya yang membenarkan kami untuk menjalankan projek ini dikawasan rumahnya (boleh tahan jugak luas tanahnya…). Permulaan projek fertigasi ini menfokuskan kepada penanaman cili semerah yang masih baru dalam konsep penanaman secara fertigasi ini disamping kelebihan-kelebihan yang terdapat pada cili semerah itu sendiri antaranya adalah permintaan dan harga jualan yang tinggi dipasaran, rasanya yang pedas digemari ramai serta pokoknya menghasilkan buah yang banyak dan berterusan.

Rasanya cukuplah pengenalan kepada latarbelakang Aeroagro ini, seterusnya kita akan terus memfokuskan kepada projek penanaman cili semerah secara fertigasi ini buat julung-julung kalinya.

4 Responses so far »

  1. 1

    Cik Izah said,

    Tahniah ye pada incik penulis blog…

    harap-harap bisnes leh bertambah maju..

    tanhiah gak pada partner incik penulis blog nih…huhuhu

  2. 2

    datulizah said,

    Tahniah incik penulis blog…nice blog with good info…

    Tahniah jugak buat partner incik penulis blog yg same-same membizikan diri…huhuhu..

    Nanti leh dapat cabai free tak?huhuhu

    • 3

      aerochee said,

      Ribuan terima kasih kepada Cik Izah kita ni yang sudi menjadi pengkomen pertama blog aeroagro ini…. diharapkan kata-kata Cik Izah tu menjadi kenyataan dan membakar semangat kami untuk terus maju…. InsyaAllah buat Cik Izah kami akan memberi cabai special percuma kerana memenangi hadiah pengomen yang pertama…… harapan dari kami sudi kiranya Cik Izah menjadi pengomen tetap untuk blog ini ye…..

  3. 4

    aero-card said,

    Syabas aeroagro kerana menyahut seruan kerajaan “Pertanian adalah Perniagaan”. Permulaan yang baik, sy percaya aeroagro akan terus berkembang menjadi pengeluar cabai terulung di negara ini.
    Tidak dpt dinafikan, untuk memastikan bisnes terus berkembang dan berdaya maju, memerlukan jaringan atau network yang luas. Carian pembekal mahupun pelanggan akan menjadi lebih mudah jika dapat bertukar-tukar no tepon atau bisnes kad. BISNES KAD?????

    Anda perlu bisnes kad??? Meh lawati http://www.kad-ekonomi.com. Harga menarik, tip-top untuk pengeluar cabai terulung spt aeroagro.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: